BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Klik Klik!

Followers

Tuesday, April 26, 2011

Suara Hati!

"kalau hati ini kamera,akan aku rakamkan setiap kenangan agar terpahat di ingatan"

Saat ayat2 di atas di tulis jiwa aku kosong oke!tapi tade lar teruk sangat kekosongan tue,masih ada lagi insan2 tersayang yang menghuni hati gue..:)
Masih mampu tersenyum kira ok lagi lar kan,tapi rasa mcm nak g register dkt hospital bahagia lar,mesti bahagia jep kat situ an?..:p

Sebenarnya kan...jeng3...aku dalam dilema..cewah!bunyi mcm masalah negara jea..padahal masalah hati,hati?bukan besar sgt pun,negara lagi besar,lagi byk masalah,masalah hati pun tak leh handle..poodah!bg yg pakar oke ler..bg aku hati nie umpama nyawa tau!nak jea aku jaga hati aku nie sebaik mungkin agar tidak disakiti,namun sayangnya aku telah menjatuhkan hati aku terhadap sumone!..Tue lar aku agak ralat nie,aku tak mampu luahkan,xmampu nak lafazkan hanya hati aku jea yang meronta2 nak cakap.anggota lain spt lidah dan mulut aku kelu untuk berbicara.tension3!..

Disebabkan hati dah TERjatuh nie la aku bertukar jadiiii....bukan zomba/zombi tapi insan yg setia menanti!Menanti ape?menanti dia bertegur sapa,menanti balasan msg darinya,sibuk nak ikuti perkembangaan dia.Tengok betapa besarnya impak TERjatuh hati tadi sampai aku sendiri lalai.Menanti sesuatu yg belum pasti menjadi milikku yg abadi.MasyaAllah,betapa khilafnya aku.

Susahkan bila hati kita dah suka sesuatu?..sapa kata dia tak pernah suka sesuatu nampak beno nipunye!sbb apa aku ckp susah?,sbb bila dah suka automatik kita rasa nak miliki benda tersebut,yang pahitnya bila kita tak mampu nak miliki,ha masa nie lah jiwa jadi kacau bilau nie,hati pun berduka lara sbb apa yg dihajati tak boleh dimiliki.Tapi,hasrat hati tersebut aku tahan,aku diamkan,aku pendam,aku simpan sedalam2nya di lubuk hatiku..:)

Kenapa perlu tahan hasrat hati tersebut?..sebab aku yakin dengan janji Sang Pencipta,aku yakin Allah tahu segala-galanya,DIA tahu mana baik dan mana buruk bagi aku,DIA tahu siapa yang layak sentuh hatiku,DIA juga tahu bila mana perlu jodoh itu di pertemukan..Aku juga percaya kalau sudah tertulis di Lohmahfuz dia jodohku,maka tidak perlu aku nyatakan hasrat hati aku sekarang kerana saat tersebut akan tiba jua seperti yang telah Allah janjikan.Kadang-kadang kita tak nampak mana baik,mana buruk,apa yang kita lihat baik di mata kita tetapi dimata DIA buruk,apa yg buruk dimata kita,dimata DIA sebaliknya,maka aku harus redha..:)

Hati aku nie baik tau,dia pujuk aku dengan kata-kata semangat tau!dia kata "wahai tuanku,tidak perlu berduka lara andai sekarang tiada siapa yang menjadai raja dihatimu,usah gusar kerana sejak dahulu lagi kedua ibu bapamu sudah singgah dihatimu.Mengapa perlu dicari rajanya sekarang,andai belum tiba saatnya lagi,sahabat2mu sedang menanti untuk engkau jadikan mereka istimewa dihati,teman yg setia disisi".

Jadi,aku apa lagi,tanpa rasa gundah gulana kehidupan diteruskan seperti biasa,aku tidak mahu sakiti hatiku dengan perasaan kecewa andai diri ditolak,tak mahu hati terluka dengan hirisan kata2 yg tajam,tak mahu juga hati meraung minta diri diterima.Lebih baik simpan hasrat hati dari biarkan hati terlukan kan?..tidak semestinya yang pahit itu harus dibuang,pahit itu ubat,ubat untuk kita tabah menghadapi cabaran yg mendatang. mungkin aku bukan pertama di hati dia tetapi masih boleh jadi yang TERakhir dihatinya..walaupun terlambat tetapi masih diberi peluang..InsyaAllah..:)

*sentiasa doakan kebahagiaan insan disekeliling..:)

0 comments: