BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Klik Klik!

Followers

Monday, June 6, 2011

Cerita yg penuh pengajaran~

Salam semua..Petang nie aku nak gosip tentang movie yg sedang hangat dan masih panazz lagi di cinema iaitu Kung Fu Panda 2~


*cute Panda~


Aku suke cerita Kung Fu Panda bukan sebab aku peminat kartun yea tapi sebab jalan cerita dan watak yg sangat menarik.Cerita yg penuh dengan moral value.Cerita yang penuh dengan kata-kata yang menambat hati.Bukan kata-kata romantika de amor tapi kata-kata yang buat kita terfikir betul atau tak apa yg disampaikan melalui watak-watak dalam cerita tue.

Banyak sangat dialog yg menarik,otak aku pon bukan power sangat kan nak hafal sejibik-sejibik.Al-maklum ler banyak makan kepala ikan nie lah jadinya~hee

Tapi one part yg aku ingat time Tinger tue cakap yg dia berlatih selama 20 tahun untuk memiliki tangan yg kuat.Maknanya,apa yg hendak disampaikan ialah tiada kejayaan dalam hidup nie yang kita boleh dapat dengan sekelip mata atau dengan cepat.Semuanya perlukan usaha yang berterusan..

Cerita yang kedua nie jugak Si Panda@Po berusaha untuk selidik sejarah latar belakang dia.Part nie sedih lar bagi aku.Nampak sangat hubungan kasih sayang yg terjalin antara bapa dan anak walupun sekadar anak angkat.Funny kan bila fikir logik bapa seekor Angsa,how come anak seekor Panda~heee

Bagi aku jugak cerita nie sesuai untuk ditonton seisi keluarga.Parents tak perlu risau kerana tiada aksi-aksi keterlaluan.Tak perlu tutup2 mata anak-anak dari tengok aksi panaz.hehe.Tak perlu watak2 yg panazz untuk sampaikan nila-nilai murni.Hanya watak animasi yang lucu dan menarik.Tak kering gusi kitorang tengok cerita nie sebab asyik gelak jek..:D

Sapa yg belom tengok,sila-sila lah tengok yea.tak rugi bayar tiket walaupun agak mahal sebab 3D kan tapi berbaloi2.Kalo malas nak ke cinema.Download jek,xpun beli CD boleh tengok BERulang-ulang kali..:)

*Ubat awet muda kalo industri filem keluarkan movie macam Kung Fu Panda..:)

0 comments: