BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Klik Klik!

Followers

Friday, March 30, 2012

Ketahuilah.......



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,

Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.... 

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,

Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,

Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,

Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,

Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,

Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampubersuara tatkala sendirian..



Di nescafe dari : FB!:)

notahati:org xtau apa yg ada dalam hati kita.kita yg rasa.kita yg alami..

2 comments:

Rokiah Wandah said...

kadang2 kita tak perasan org yang selalu ade dgn kte , nasihat kte , ada masalah mreka sndri . :)

-syira- said...

betol2..sbb tue kadang2 nk simpan jea suma masalah.xnak bebankan org lain..:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me