BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Klik Klik!

Followers

Saturday, April 30, 2011

AKU+DIA = "shiro luv cupzcake"

'Jangan terlalu membenci seseorang kerana tidak mustahil benci itu bertukar menjadi sayang'

Uniknya kasih sayang kami kerana bermula dari :
BENCI -> SAYANG
MUSUH -> SAHABAT

Usia perkenalan kami :
9 tahun 5 bulan

Menjalin persahabatan selama:
7 tahun 5 bulan

*Zaman Kanak2 Aku dan Dia*
Cerita bermula,pada hari pertandingan Pidato Piala DiRaja.Aku peserta yg tewas ditangan 'dia'.Aku menangis giler2 time tue,ibarat mcm xde peluang nk msk dah*hehe*.Dia dtg n pujuk aku.Dia bagi kata2 semangat.Dia hulurkan salam perkenalan dan disambut dingin oleh aku.

Pertemuan kedua,sekali lagi kami dipertemukan di gelanggang 'deklamasi sajak'.Dia melemparkan senyuman mesra.Aku melemparkan pandangan sepi tanpa senyuman.Saat diumumkan aku juara,yang terlintas di hati 'aku sudah tewaskan dia'.

Allah mempertemukan kami sekali lagi,kali ini kami merupkan rakan sekelas di sebuah pusat tuisyen.Dia menyapa aku dengan mesra.Aku hanya melemparkan senyuman hambar menutup rasa benci yang bertandang.

1 tahun berkongsi bumbung pusat tuisyen yang sama,sedikit sebanyak tentang dia sudah aku ketahui.Latar belakang dan perwatakan dia sudah terpahat di minda.Dia datang dari Labuan,tempat terakhir bapa Dia bertugas sebelum bersara dan berpindah ke semenanjung.Ibunya berasal dari Kulai,Johor dan bapanya dari BM.Dia petah berbicara,berpandangan luas,mudah mesra,'confident' yg tinggi dan paling penting dia natural 'gedik'!tapi hati aku tak terbuka untuk masukan dia dalam pencalonan sahabat sehidup semati aku.

*Ceritera Remaja Aku+Dia*
Ternyata,jodoh kami panjang.Allah pertemukan kami di sek men yang sama dan we're classmate selama 3 tahun.Dalam hati aku,'aisssh!budak nie lagi'.Kami musuh.Aku selalu sakitkan hati dia.Dia sabar.Aku marah+maki dia.Dia diam.Malah dia masih tegur aku macam biasa.

Until one day,aku dan dia pun tak pasti macam mana title 'musuh' bertukar 'sahabat'.Ajaibkan?tanpa ucapan maaf atau salam perkenalan kedua,kami menjadi kawan yang sentiasa bersama.Dia melengkapi usia remaja aku dengan kenangan2 terindah.Dia sedia mendengar semua keluh kesah aku.rungutan.gosip.kisah cinta.mahupun amarah ku tentang sesuatu.Saat bersama dia.aku mampu duduk di padang yang lapang berjam2 lamanya dan bercerita tentang hidup.

5 tahun di alam persekolahan,cukup untuk aku nyatakan dia seorang yang memahami aku.Aku yang selalu timbulkan masalah tapi dia tetap setia disisi.Dia boleh bertukar menjadi apa yang aku ingin dan perlukan.Saat aku bersedih,dia menceriakan.Saat aku bercerta,dia pendengar yg setia.Saat aku tertawa gembira,dia turut serta.Saat aku fall in luv,dia doc cinta ku sedangkan dia tidak pernah bercinta oke.Dia lah fashion designer,saat kami keluar bershopping.Dia lah motivator,saat aku di landa masalah.Dia lah juru mekap,saat angin nak bermekap aku muncul.Dia lah driver yang membawa ke mana sahaja tempat yg ingin aku pergi.Hebatkan dia?,dia mampu menjadi apa saja yang aku inginkan.

Sekarang aku dan dia terpisah oleh jarak dan waktu.Dulu kami terpisah kerana kerja part time.Saat aku melangkah ke maktab,dia bz di form six.Aku melonjak kegembiraan bila dia pulang ke kampung halamanya di johor kerana kami di negeri yang sama.Namun masa masih lagi mencemburui kami namun hubungan kami masih lagi utuh dan bertambah erat.Jarang bersua,jarang berbicara sekali berjumpa dunia bagai milik kami.Masa membataskan segalanya.Itu hakikat yang aku dan dia harus terima.

*Aku + Dia*
Aku shy2 cat/confident kurang.Dia talk n walk with confident.Aku tiada warna fav.Dia Pinky.Aku Puma.Dia Swatch.Aku Adidas.Dia Nike.Aku Piza.Dia Spageti.Aku Sundae.Dia Chocotop.Aku Guess.Dia TL Gurl.Aku Express Music.Dia Walkman.Aku Peguam.Dia Wartawan.Aku Sastera.Dia Science.Aku Chubby.Dia Cekeding.Aku Moody.Dia Ceria.Aku TV3.Dia 8TV.Aku BM.Dia BI.Aku pelajar biasa.Dia pegawas.
.....................................................................................
Dia yg aku maksudkan dia atas ialah :


*my DIA*


*aku dan dia*

*friendship measured by the heart

0 comments: